Ini kemenangan
Demi kebebasan
Perlukan unggun api
Dan percik bunga api
Biar jadi saksi.
Kemenangan.
February 15, 2011Terjaring.
February 15, 2011Apakah kita akan terjaring semata-semata kerana nista kata para puaka dunia.
JAWI
February 15, 2011Biarlah ramai melupakanmu
Aku masih mahu mengenangmu
Sebagai lidah rasmi bangsaku
Di waktu megah bangga dulu.
Bidadari.
February 15, 2011Bidadariku nanti
Cuma mahu
Berkongsi rokok
Ciuman hanggat
Dan ketawa mesranya.
Remang Senja.
September 19, 2010Seperti remang senja.Yang indah itu seketika.Sebelum datang gelap malamnya.
Pengkhianat.
September 19, 2010Bukan kita ini pengkhianat
Cuma kadang-kadang
Takdir yang mengkhianat.
Pesta.
September 19, 2010Dalam pesta kau harus berseorangan,
Teman baru akan kau temu dalam pesta itu
Pulang jangan pernah berseorangan.
Cinta.
September 19, 2010Sial rasanya
Bila rasa cinta
Itu sudah tiada
Yang ada kini Cuma
Mahu kahwin sahaja.
Frynn (Bidadari Berpuaka).
September 19, 2010Dengan kau
Ku mengenal
Puakanya dunia
Yang selama ini
Hanya bicara
Borak bedek semata
Kerana kaulah
Aku mendewasa
Mengenal segala isi
Puaka dunia.
Pilihan.
September 19, 2010Dalam cinta
Mana boleh ada pilihan
Setia selama-lamanya
Seadanya seperti mula
Atau akhiri sahaja segalanya